Monday 13 August 2012

AMALI PERGERAKAN ASAS

UJIAN AMALI PERGERAKAN ASAS KOMPONEN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR DENGAN ALATAN

AHLI KUMPULAN:

INDIVIDU A : CHANG PEI PEI
INDIVIDU B : KOMAGAL A/P KUNAISEKARAN
INDIVIDU C : ENGKU AFIZUL BIN ENGKU HALIM
INDIVIDU D : PUSPANATHAN
INDIVIDU E : MOHD IKHWANI BIN ISMAIL

TARIKH : 13/08/2012

Pergerakan 1 ( bukan lokomotor)




Berdiri, sebelah kaki di depan dan sebelah kaki di belakang sambil berjabat  tangan untuk memutarkan gegelung.

Pergerakan 2 ( lokomotor)

Melompat sambil memutarkan gegelung melalui seluruh badan.

Pergerakan 3 ( bukan lokomotor)


             Berdiri, sebelah kaki sambil menggolekkan gegelung di atas lantai.

Pergerakan 4 (lokomotor)





Berlari sambil melambung dan menyambut gegelung.

Pergerakan 5 ( bukan lokomotor)


Berdiri, kaki rapat di atas peti lombol sambil berjabat tangan dan memutarkan gelung dengan tangan kiri secara serentak.


Pergerakan 6 ( lokomotor)


Berguling balak (log roll) di atas tilam sambil melambung dan menyambut bola di atas dada.


Pergerakan 7 ( bukan lokomotor)


Berdiri, kaki rapat dan mencangkuk apabila hendak melambung bola kepada rakan.


Pergerakan 8 ( lokomotor)


Ketingting sambil melantun dan menyambut bola.


Pergerakan 9 ( bukan lokomotor)


Mengilaskan badan,duduk dengan lutut bengkok sambil melontar bola kepada rakan.


Pergerakan 10 ( lokomotor)


Berjalan secara zig-zag menggelilingi skitel sambil menggelecekkan  bola.


Pergerakan 11 ( bukan lokomotor)


Duduk dengan kedua belah kaki dibengkokkan sambil melambung bola ke belakang dan disambut oleh pasangan.


Pergerakan 12 ( lokomotor)


Berjalan di atas bangku gimnastik sambil melantun dan menyambut bola ke sisi kanan dan kiri di atas lantai.


Pergerakan 13 ( bukan lokomotor)


Mengilaskan badan dalam posisi berdiri, kaki rapat sambil menggoyang reben dan melambung reben tersebut kepada rakan.


Pergerakan 14 ( lokomotor)


Merangkak sambil menggolek bola secara zig-zag melalui tangga.


Pergerakan 15 ( bukan lokomotor)


Duduk dengan kedua belah kaki diluruskan sambil melantun bola kepada rakan.


Pergerakan 16 ( lokomotor)


Menggalop sambil memutarkan reben di sebelah tangan sisi kanan.


Pergerakan 17 ( bukan lokomotor)


Baring dan duduk sambil melontar bola.


Pergerakan 18 ( lokomotor)


Berjalan dan mengundur belakang sambil menggolekkan bola dengan gelung di atas lantai.


Pergerakan 19 ( lokomotor)


Berlari dan melompat layang di atas papan anjal sambil menyambut bola yang dilambung oleh rakan.


Pergerakan 20 ( bukan lokomotor)



Membongkokkan badan dengan kaki rapat dan lurus sambil menggolekkan bola ke arah gelung dan diteruskan dengan melontar bola ke dalam gelung.










Sunday 5 August 2012

MODEL BUNKER DAN THORPE (1982)


TEACHING GAMES for UNDERSTANDING (TGFU)

Ø  Dihasilkan oleh Bunker and Thorpe pada tahun 1982 untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah.

Ø  Matlamat : mengembangkan kemahiran seseorang pelajar dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam sesuatu permainan yang dijalankan.

Ø  Merupakan salah satu model pendidikan yang menekankan 4 aspek iaitu:

1.    Pemahaman yang menyeluruh pada setiap permainan.

2.    Meningkatkan tahap aktiviti fizikal.

3.    Menjadikan kelas Pendidikan Jasmani sebagai tempat untuk persaingan, motivasi serta bersuka ria.

4.    Digunakan secara meluas dalam kejurulatihan dan Pendidikan Jasmani sehingga sekarang.

Ø  Menurut falsafah TGFU, pelajar bukan sahaja perlu mengetahui bagaimana cara untuk menjayakan sesuatu permainan tersebut, malah seseorang pelajar tersebut haruslah mengetahui bagaimana untuk membuat keputusan yang sesuai ketika permainan dijalankan.

Ø  Model ini juga menggalakkan pelajar supaya melibatkan diri dalam pelbagai jenis permainan.

Ø  Isu-isu yang timbul dalam kalangan pelajar Britain pada tahun 1980-an yang mendorong Bunker and Thorpe untuk mengkaji TGFU:

1.    Terlalu mengharapkan jurulatih atau guru untuk membuat keputusan.

2.    Kadar perkembangan dalam permainan adalah lambat dan tidak menonjolkan.

3.    Pencapaian dalam permainan adalah sikit dan kurang memuaskan.

4.    Kekurangan pengetahuan tentang sesuatu permainan.

5.    Lemah dalam kemahiran asas dan kurang berupaya dalam membuat keputusan


MODEL BUNKER & THORPE (1982)

TUJUAN MENGKATEGORIKAN PERMAINAN
v  Setiap permainan dalam kategori yang tersebut mempunyai sifat dan peraturan yang seiras.
v  TGFU bertujuan untuk menggalakkan para pelajar melibatkan diri dalam pelbagai permainan.
v  Setelah mempelajari salah satu permainan dalam satu kategori, pelajar akan memperoleh pengetahuan asas tentang peraturan kemahiran dan taktik dalam kategori tersebut.