Sunday 5 August 2012

MODEL BUNKER DAN THORPE (1982)


TEACHING GAMES for UNDERSTANDING (TGFU)

Ø  Dihasilkan oleh Bunker and Thorpe pada tahun 1982 untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah.

Ø  Matlamat : mengembangkan kemahiran seseorang pelajar dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam sesuatu permainan yang dijalankan.

Ø  Merupakan salah satu model pendidikan yang menekankan 4 aspek iaitu:

1.    Pemahaman yang menyeluruh pada setiap permainan.

2.    Meningkatkan tahap aktiviti fizikal.

3.    Menjadikan kelas Pendidikan Jasmani sebagai tempat untuk persaingan, motivasi serta bersuka ria.

4.    Digunakan secara meluas dalam kejurulatihan dan Pendidikan Jasmani sehingga sekarang.

Ø  Menurut falsafah TGFU, pelajar bukan sahaja perlu mengetahui bagaimana cara untuk menjayakan sesuatu permainan tersebut, malah seseorang pelajar tersebut haruslah mengetahui bagaimana untuk membuat keputusan yang sesuai ketika permainan dijalankan.

Ø  Model ini juga menggalakkan pelajar supaya melibatkan diri dalam pelbagai jenis permainan.

Ø  Isu-isu yang timbul dalam kalangan pelajar Britain pada tahun 1980-an yang mendorong Bunker and Thorpe untuk mengkaji TGFU:

1.    Terlalu mengharapkan jurulatih atau guru untuk membuat keputusan.

2.    Kadar perkembangan dalam permainan adalah lambat dan tidak menonjolkan.

3.    Pencapaian dalam permainan adalah sikit dan kurang memuaskan.

4.    Kekurangan pengetahuan tentang sesuatu permainan.

5.    Lemah dalam kemahiran asas dan kurang berupaya dalam membuat keputusan


MODEL BUNKER & THORPE (1982)

TUJUAN MENGKATEGORIKAN PERMAINAN
v  Setiap permainan dalam kategori yang tersebut mempunyai sifat dan peraturan yang seiras.
v  TGFU bertujuan untuk menggalakkan para pelajar melibatkan diri dalam pelbagai permainan.
v  Setelah mempelajari salah satu permainan dalam satu kategori, pelajar akan memperoleh pengetahuan asas tentang peraturan kemahiran dan taktik dalam kategori tersebut.

No comments:

Post a Comment