SeM 2 PiSMp sangat bermakna bagi kami kerana pelbagai pembelajaran baru akan bakal kami pelajari yang bisa membantu kami menjadi seorang guru yang lebih manTop katakan :)
diantara pembelajaran itu adalah nak cerita berkaitan dengan pembelajran baru kami iaitu subjek PJ yang lebih dikenali sebagai pendidikan jasmani kat sekolah rendah.
kali ini yang menariknya pembelajran PJ ini lebih menerangkan kami bagaimana hendak melakukan aktiviti yang sesuai dan memenuhi kehendak KSSR :)
sangatlah susah dan payah tapi menyeronokkan.. hehehehe
Jom3x tengok aktiviti yang kami lakukan...............
antara aktiviti yang dijalankan bagi pismp rbt dan sains sem 2
AKTIVITI SET A
PERMULAAN : Kemahiran Mengilas (Pergerakan
Binatang)
5 jenis pergerakan binatang diperkenalkan
iaitu “duck walk”,”crab walk”,”lion walk”,”egyption walk” dan “frog walk”.
Murid-murid akan membuat pergerakan binatang yang telah ditetapkan apabila
wisel ditiup dan akan berhenti apabila guru mengatakan “freeze”.
ni pula main game ayam dan anak ayam... lalalala
PERKEMBANGAN : Kemahiran Membaling
Murid-murid dikehendaki berdiri di luar
lingkungan gegelung plastik dan 1 bakul akan diletak di tengah-tengah. Setiap
murid diberi 4 pundi kacang. Murid-murid akan berjalan mengelilingi bulatan
apabila muzik dipasangkan dan akan membaling pundi kacang ke dalam bakul
apabila muzik dihentikan.
haaa!! ni yang best, game membaling dan memasukkan pundi kacang ke dalam bakul....
tapi sayang 4 pundi kacang yang diberi langsung 1 pun takde yg sudi nak masuk.. huhuhu
KEMUNCAK : Kemahiran Gallop
Murid-murid akan membaling pundi kacang ke
dalam bakul pihak lawan dengan membuat pergerakan Gallop.
PENUTUP : Aktiviti “cooling down” dengan iringan
muzik.
AKTIVITI SET B
PERMULAAN : Aktiviti “warming up”
Murid-murid bergerak di luar skitel dengan
iringin muzik. Murid-murid akan berlari ke dalam skitel besar dan mengambil
gegelung plastik apabila muzik dihentikan. Sesiapa yang tidak mendapat gegelung
plastik akan disingkirkan.
PERKEMBANGAN:
Aktiviti 1 : Kemahiran Menggelecek
Murid-murid akan mengelecek/membawa bola
dengan cara melantun bola menggelilingi skitel.
Aktiviti 2 : Kemahiran Menendang
Setiap murid diberikan 1 nama binatang dan
dikehendaki mencari gambar makanan yang dimakan oleh binatang tersebut.(Gambar
makanan tersebut dilekatkan pada skitel kecil.) Kemudian, murid-murid akan
bergerak ke dalam skitel dengan jarak 5 langkah dari skitel dan akan menendang
bola ke skitel yang telah dikenal pasti apabila wisel ditiup.
:) abang hensom ni :) sedang memberi keterangan ni...
hihihi..
KEMUNCAK: Membongkok (aktiviti kumpul wang)
Mempunyai 2 zon:
Zon A : murid-murid dikehendaki membongkok
dan melontar pundi kacang dari bawah kepada rakan di belakang dan seterusnya
melontar pundi kacang ke dalam bakul.
Zon B: murid-murid dikehendaki berdiri dalam
gegelung plastik dan mengolekkan bola yang terletak dalam gegelung plastik ke
arah skitel dengan keadaan membongkok.
PENUTUP: Aktiviti “cooling down” (aktiviti
trafik lampu)
Murid-murid akan membuat perbuatan mengikut
warna kad yang ditunjukkan oleh guru. Kad Merah – berhenti dan berdiri tegak,
Kad Hijau –tetap bergerak, Kad Kuning – berhenti dan berdiri dengan melangkah
kaki kanan ke hadapan.
mana la gambar saya niiiiiii... waduh2x
ha... jumpa pun... garangkan... hehe, bersama dengan kumpulan saya iaitu chang pei pei, engku afizul, saya sendiri.... mana la pula komagal nii.... owh ya tak ia koma yang amik gambar... kesiannya dia.. takpe komagal.. nnti kita ambil gambar kami banyak2x arrr :) hehehe...
ini la antara aktiviti yang kami jalankan... tak semua yang dapat nak upload bab banyak sangat gambar yang tak cantekkk... lalalala... untuk minggu ni upload bahagian ni dulu.. nnti upload lain lagi ye geng :)
insyaAllah ada kesempatan nnti saya terangkan aktiviti pnP yang kami lakukan kat blog ni...
semoga berjumpa lagi semua... terima kasih pada yang sudi membaca.. salamun alaik & bye2x
iklan fairy tail kejap.. hihihihi <3