TEACHING GAMES for UNDERSTANDING (TGFU)
Ø Dihasilkan
oleh Bunker and Thorpe pada tahun
1982 untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah.
Ø Matlamat
: mengembangkan kemahiran seseorang pelajar dalam menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan dalam sesuatu permainan yang dijalankan.
Ø Merupakan
salah satu model pendidikan yang menekankan 4 aspek iaitu:
1. Pemahaman
yang menyeluruh pada setiap permainan.
2. Meningkatkan
tahap aktiviti fizikal.
3. Menjadikan
kelas Pendidikan Jasmani sebagai tempat untuk persaingan, motivasi serta
bersuka ria.
4. Digunakan
secara meluas dalam kejurulatihan dan Pendidikan Jasmani sehingga sekarang.
Ø Menurut
falsafah TGFU, pelajar bukan sahaja perlu mengetahui bagaimana cara untuk
menjayakan sesuatu permainan tersebut, malah seseorang pelajar tersebut
haruslah mengetahui bagaimana untuk membuat keputusan yang sesuai ketika
permainan dijalankan.
Ø Model
ini juga menggalakkan pelajar supaya melibatkan diri dalam pelbagai jenis
permainan.
Ø Isu-isu
yang timbul dalam kalangan pelajar Britain pada tahun 1980-an yang mendorong Bunker
and Thorpe untuk mengkaji TGFU:
1. Terlalu
mengharapkan jurulatih atau guru untuk membuat keputusan.
2. Kadar
perkembangan dalam permainan adalah lambat dan tidak menonjolkan.
3. Pencapaian
dalam permainan adalah sikit dan kurang memuaskan.
4. Kekurangan
pengetahuan tentang sesuatu permainan.
5. Lemah
dalam kemahiran asas dan kurang berupaya dalam membuat keputusan
MODEL BUNKER & THORPE (1982)
v Setiap
permainan dalam kategori yang tersebut mempunyai sifat dan peraturan yang
seiras.
v TGFU
bertujuan untuk menggalakkan para pelajar melibatkan diri dalam pelbagai
permainan.
v Setelah
mempelajari salah satu permainan dalam satu kategori, pelajar akan memperoleh
pengetahuan asas tentang peraturan kemahiran dan taktik dalam kategori
tersebut.
No comments:
Post a Comment