Monday 9 July 2012

PJ owhhh PJ sem 2 pismp RBT :)


SeM 2 PiSMp sangat bermakna bagi kami kerana pelbagai pembelajaran baru akan bakal kami pelajari yang bisa membantu kami menjadi seorang guru yang lebih manTop katakan :) 

diantara pembelajaran itu adalah nak cerita berkaitan dengan pembelajran baru kami iaitu subjek PJ yang lebih dikenali sebagai pendidikan jasmani kat sekolah rendah.

kali ini yang menariknya pembelajran PJ ini lebih menerangkan kami bagaimana hendak melakukan aktiviti yang sesuai dan memenuhi kehendak KSSR :) 



sangatlah susah dan payah tapi menyeronokkan.. hehehehe
Jom3x tengok aktiviti yang kami lakukan...............

antara aktiviti yang dijalankan bagi pismp rbt dan sains sem 2
AKTIVITI SET A
PERMULAAN : Kemahiran Mengilas (Pergerakan Binatang)
5 jenis pergerakan binatang diperkenalkan iaitu “duck walk”,”crab walk”,”lion walk”,”egyption walk” dan “frog walk”. Murid-murid akan membuat pergerakan binatang yang telah ditetapkan apabila wisel ditiup dan akan berhenti apabila guru mengatakan “freeze”.
ni pula main game ayam dan anak ayam... lalalala

PERKEMBANGAN : Kemahiran Membaling
Murid-murid dikehendaki berdiri di luar lingkungan gegelung plastik dan 1 bakul akan diletak di tengah-tengah. Setiap murid diberi 4 pundi kacang. Murid-murid akan berjalan mengelilingi bulatan apabila muzik dipasangkan dan akan membaling pundi kacang ke dalam bakul apabila muzik dihentikan.
haaa!! ni yang best, game membaling dan memasukkan pundi kacang ke dalam bakul....
tapi sayang 4 pundi kacang yang diberi langsung 1 pun takde yg sudi nak masuk.. huhuhu


KEMUNCAK : Kemahiran Gallop
Murid-murid akan membaling pundi kacang ke dalam bakul pihak lawan dengan membuat pergerakan Gallop.


PENUTUP : Aktiviti “cooling down” dengan iringan muzik.


AKTIVITI SET B

PERMULAAN : Aktiviti “warming up”
Murid-murid bergerak di luar skitel dengan iringin muzik. Murid-murid akan berlari ke dalam skitel besar dan mengambil gegelung plastik apabila muzik dihentikan. Sesiapa yang tidak mendapat gegelung plastik akan disingkirkan.



PERKEMBANGAN:
Aktiviti 1 : Kemahiran Menggelecek
Murid-murid akan mengelecek/membawa bola dengan cara melantun bola menggelilingi skitel.

Aktiviti 2 : Kemahiran Menendang
Setiap murid diberikan 1 nama binatang dan dikehendaki mencari gambar makanan yang dimakan oleh binatang tersebut.(Gambar makanan tersebut dilekatkan pada skitel kecil.) Kemudian, murid-murid akan bergerak ke dalam skitel dengan jarak 5 langkah dari skitel dan akan menendang bola ke skitel yang telah dikenal pasti apabila wisel ditiup.
:) abang hensom ni :) sedang memberi keterangan ni...
hihihi..


KEMUNCAK: Membongkok (aktiviti kumpul wang)
Mempunyai 2 zon:
Zon A : murid-murid dikehendaki membongkok dan melontar pundi kacang dari bawah kepada rakan di belakang dan seterusnya melontar pundi kacang ke dalam bakul.
Zon B: murid-murid dikehendaki berdiri dalam gegelung plastik dan mengolekkan bola yang terletak dalam gegelung plastik ke arah skitel dengan keadaan membongkok.

PENUTUP: Aktiviti “cooling down” (aktiviti trafik lampu)
Murid-murid akan membuat perbuatan mengikut warna kad yang ditunjukkan oleh guru. Kad Merah – berhenti dan berdiri tegak, Kad Hijau –tetap bergerak, Kad Kuning – berhenti dan berdiri dengan melangkah kaki kanan ke hadapan.




mana la gambar saya niiiiiii... waduh2x

ha... jumpa pun... garangkan... hehe, bersama dengan kumpulan saya iaitu chang pei pei, engku afizul, saya sendiri.... mana la pula komagal nii.... owh ya tak ia koma yang amik gambar... kesiannya dia.. takpe komagal.. nnti kita ambil gambar kami banyak2x arrr :) hehehe...

ini la antara aktiviti yang kami jalankan... tak semua yang dapat nak upload bab banyak sangat gambar yang tak cantekkk... lalalala... untuk minggu ni upload bahagian ni dulu.. nnti upload lain lagi ye geng :) 

insyaAllah ada kesempatan nnti saya terangkan aktiviti pnP yang kami lakukan kat blog ni... 
semoga berjumpa lagi semua... terima kasih pada yang sudi membaca.. salamun alaik & bye2x 


iklan fairy tail kejap.. hihihihi <3

No comments:

Post a Comment